SAINS:SEL SEBAGAI UNIT KEHIDUPAN
Sel ialah sejenis kehidupan yang sangat seni.Di dalam badan kita terdapat berbilion-bilion sel.Contohnya sel ialah rupa sel kulit bawang kelihatan seperti batu-bata.
Sel juga terbahagi kepada 2 iaitu sel tumbuhan dan sel haiwan.
Bezanya kedua-dua sel ini ialah sel tumbuhan mempunyai dinding sel,membran sel,vakuol,kloroplas,sitoplasma,nukleus manakala sel haiwan hanya mempunyai membran sel,sitoplasma dan nukleus.

Tubuh manusia terdiri daripada pelbagai jenis sel.Setiap jenis sel mempunyai fungsi yang berbeza-beza.Ini dipanggil pengkhususan SEL.
1.Sel darah merah-Mengangkut semua oksigen
2.Sel darah putih-Membunuh semua bakteria jahat
3.Sel pembiakan-Melakukan proses pembiakan(Melahirkan anak)
4.Sel pipi-Melindung permukaan dalam pipi
5.Sel sarah-Membawa maklumat (impuls saraf) ke seluruh badan
6.Sel otot-mengecut dan menegang untuk menghasilkan pergerakan
ORGANISASI SEL MANUSIA
1.Sel-sel yang sama jenis dalam badan manusia bergabung
membentuk tisu.
2.Tisu-tisu yang berlainan jenis pula berabung membentuk organ.
3.Organ yang saling berkaitan fungsinya pula membentuk sistem.
4.Akhirnya,sistem yang berbeza bergabung untuk membentuk
organisma iaitu manusia.
Rajah di bawah menunjukkan carta hierhaki tentang organisma
SEL manusia.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan